Tiada Produk Untuk Berniaga Online?

Untuk memulakan perniagaan, tidak semestinya perlu membuat produk sendiri. Kita boleh menjual produk yang telah ada di dalam pasaran, kemudian menjana pendapatan melalui komisyen atau keuntungan daripada jualan produk tersebut. Ini adalah langkah paling mudah, terutamanya kepada Usahawan Online yang baru hendak bermula. FAHMITECH.COM ingin berkongsi beberapa produk yang SAH, memerlukan modal yang kecil sahaja, serta telah berada di pasaran, yang dirasakan sesuai untuk para usahawan online business.


Last updated: January 10, 2017 at 9:22 am

Berikut ialah produk-produk yang kami rasakan mampu untuk seorang Usahawan Internet untuk bermula:

  1. Produk #1: Telekomunikasi
  2. Produk #2: Kesihatan Di Rumah
  3. Produk #3: Marketplace Pengetahuan

 

PRODUK #1 : TELEKOMUNIKASI

Ada TIGA nama besar syarikat telekomunikasi tanpa talian (mobile telecommunication): CELCOM, MAXIS dan DIGI. Tidak lupa juga U-MOBILE dan TUNETALK. Pelan pra-bayar (prepaid) mereka amat menarik dengan data percuma dan sebagainya. Namun, kita sebagai pengguna hanya membeli dan membayar penggunaan ini setiap bulan, tanpa dapat menjana kewangan sendiri.

TONE EXCEL merupakan sebuah syarikat telekomunikasi pra-bayar yang menggunakan talian TUNETALK (TUNETALK ialah syarikat telekomunikasi MVNO menggunakan infra CELCOM).

Kenapa saya cadangkan TONE EXCEL menjadi produk Usahawan Online? Antara sebab utama ialah:

  1. Pengguna secara automatik menjadi reseller/agen apabila menjadi pengguna Tone Excel. Ini bermakna, pengguna sendiri boleh menjual. Disamping guna, boleh dapat duit.
  2. Komisyen sehingga 13% setiap kali pelanggan kita top-up talian Tone Excel mereka di mana-mana sahaja.
  3. CASH BACK sebanyak 3% setiap kali kita top-up RM30 sebulan. Apa maksudnya? Kita guna dan dapat duit semula.
  4. Jualan boleh dilakukan secara ONLINE, tanpa perlu ada kedai.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari toneexcel.fahmitech.com.

⇑ Kembali Ke Menu Produk

 

PRODUK #2 : KESIHATAN DI RUMAH

Semakin ramai inginkan kesihatan yang terbaik, terutamanya untuk sumber makanan dan minuman. Salah satu perkara yang menjadi masalah rakyat Malaysia ialah kebersihan air yang digunakan di rumah.

Banyak nama besar yang menyediakan produk rawatan air, seperti COWAY, ELKEN dan CUCKOO. Namun, selari dengan Usahawan Internet, CUCKOO (sebuah produk Korea yang telah mendapat sijil Halal JAKIM) menyediakan platform dalam talian (online) yang terbaik.

CUCKOO adalah jenama penapis air daripada Korea yang bermula pada akhir tahun 2014 di Malaysia.

Kenapa saya cadangkan CUCKOO menjadi produk kedua Usahawan Online? Antara sebab utama ialah:

  1. Menjadi reseller CUCKOO tidak memerlukan modal. Pendaftaran reseller adalah RM0 SAHAJA.
  2. Boleh lakukan promosi secara ONLINE dan dapatkan reseller atau pelanggan. Tidak perlu booth ataupun kedai.
  3. Sistem selenggara CUCKOO boleh di access melalui internet di mana sahaja.
  4. Tangga komisyen yang menarik, walaupun tidak membeli produk. Cuma jual & dapat komisyen sebagai seorang reseller.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari cuckoo.fahmitech.com.

⇑ Kembali Ke Menu Produk

 

PRODUK #3: MARKETPLACE PENGETAHUAN

Facebook dan Lazada adalah 2 nama besar dalam bidang media sosial. Kombinasi kedua-duanya merupakan marketplace terbaik untuk mana-mana Usahawan Internet menjual produk.

SMARTWINGER merupakan sebuah portal E-Commerce yang berkonsepkan social market network berkenaan aktiviti-aktiviti berkaitan meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui buku, ebook dan juga latihan. Ianya boleh disertai oleh sesiapa sahaja sebagai member (ahli) secara percuma.

Sesuai untuk Usahawan Internet yang memerlukan modal yang kecil tetapi dapat menjana pendapatam, ahli boleh menjana pendapatan melalui dua cara:

  1. Jualan buku, ebook, training atau apa-apa produk yang dipromosikan di dalam Smartwinger.com. Hasil jualan adalah milik penjual sendiri tanpa perlu dikongsi dengan admin.
  2. Sistem affiliate. Keahlian VIP adalah berbayar. Sekiranya ahli VIP dapat menjemput ahli VIP lain yang baru, ahli akan mendapat komisyen. Yang lebih menarik lagi, komisyen adalah secara bulanan, selagi ahli tajaan kekal menjadi ahli VIP.

Untuk ketahui lebih lanjut, boleh layari smartwinger.com dan mysmartwinger.com/fahmitech.

⇑ Kembali Ke Menu Produk