TENTANG FAHMITECH.COM

Last updated: February 22, 2017 at 10:11 am

FAHMITECH.COM diasaskan oleh Fahmi Ismail. Beliau merupakan salah seorang daripada ratusan penggiat Internet Marketing dan juga seorang Usahawan Online sejak tahun 2013.

Tujuan utama FAHMITECH.COM ini dihasilkan ialah untuk berkongsi serta bertukar-tukar ilmu berkenaan pemasaran internet (Internet Marketing), E-DAGANG serta perkara-perkara yang berkaitan. Tidak dapat dinafikan, belian secara online terutamanya melalui smartphone merupakan satu trend masa kini kesan.

Lahirnya FAHMITECH.COM ini adalah bertujuan untuk membuka minda serta memberikan sedikit panduan terutamanya kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawan internet dan E-DAGANG, sama ada sepenuh masa ataupun sebagai pekerjaan sampingan. E-DAGANG atau perniagaan dalam talian akan menjadi perkara yang harus diceburi oleh rakyat Malaysia, memandangkan kerajaan melihat perkara ini sebagai salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“… penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menembusi pasaran antarabangsa melalui perniagaan dalam talian (e-dagang) bakal menjadi strategi untuk memacu pertumbuhan eksport negara – Perdana Menteri Malaysia. ” | Utusan Online, 26 Februari 2016

Inilah yang menjadi pendorong kuat FAHMITECH.COM dijalankan untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam bidang ini.


SIAPA FAHMI ISMAIL?

Nama: Muhammad Fahmi Ismail

Negeri: Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tahun Kelahiran: 1976

Pendidikan: Bachelor of Engineering, Majoring in Computer and Information Engineering (International Islamic University Malaysia)

Pengalaman Professional:

  1. Industrial Advisor, Department of Electrical & Computer Engineering, International Islamic University Malaysia (Current)
  2. Co-Founder, AF Ideas Ventures (Current)
  3. Co-Founder, Smartwinger.Com (Current)
  4. Product Development Manager, AridzTech Resources (Current)
  5. Senior Manager, Celcom Axiata Berhad (2008 – 2016)
  6. Senior Staff Software Engineer, Motorola Malaysia (2000 – 2008)

Kursus Professional:

  1. High Impact Presentations, Dale Carnegie Training (2014)
  2. The 7 Habits of Highly Effective People Signature Program, FranklinCovey (2014)
  3. WordPress, eCommerce & eMarketing, AridzTech Resources (2013)
  4. Rapid, Distruptive Innovation, Interadigm (2011)