Usahawan Internet : Tips & Gajet

Semakin ramai yang menjadi Usahawan Internet (Internet Enterpreneur) memandangkan ia memerlukan kos yang rendah berbanding Usahawan offline. Mana tidaknya, dengan hanya mempunyai laluan atau access ke internet, perniagaan boleh dijalankan tanpa memerlukan kedai fizikal. Namun, ramai yang mungkin terlepas pandang tentang apa yang terbaik untuk menjalankan perniagaan atas talian ini.

FAHMITECH.COM ingin berkongsi secara ringkas apakah tips dan gajet yang diperlukan untuk menjadi seorang Usahawan Internet yang BERJAYA, serta cemerlang dalam menjalankan perniagaan E-DAGANG. Apa yang dikongsikan ialah berdasarkan pengalaman FAHMITECH.COM. Ada yang sama dan ada juga cara yang berbeza daripada guru atau sifu Usahawan Internet yang lain.